fbpx

Kerja korek paip kumbahan ikut paras dibenarkan, tiada gangguan pada paip gas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein pada sidang akhbar di Pos Kawalan Tempat Kejadian di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, hari ini.

SUBANG JAYA – Polis mengesahkan kerja-kerja pengorekan bagi paip kumbahan masih di bawah paras dibenarkan iaitu tidak melebihi tiga meter (m) dari paras jalan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan pihaknya mendapati kerja-kerja itu dilakukan pada kedalaman 2.1m dari aras jalan.

Katanya, kedudukan paip gas pula berada pada kedalaman 5.6m dari aras jalan.

“Jadi, jarak paip kumbahan dan paip gas adalah 1.6m. Keadaaan fizikal paip ini tidak menunjukkan sebarang gangguan nyata.

“Kerja-kerja galian ini dilakukan dan dipantau oleh polis bersama Petronas, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, DOSH (Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan), Tenaga Nasional Berhad, Air Selangor dan pihak kontraktor,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar harian di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Putra Heights, di sini hari ini.

Bagaimanapun Hussein berkata, persoalan sama ada kerja-kerja pengorekan tanah oleh kontraktor terlibat mengganggu laluan paip belum dapat ditentukan buat masa ini.

Jelasnya, keputusan itu akan diketahui sehingga keseluruhan saluran paip ‘digali semula’ dan disiasat.

Menurut Hussein, setakat pukul 12 tengah hari tadi, pihaknya menerima 642 laporan polis dan merakam keterangan 118 saksi terdiri daripada pelbagai pihak termasuk satu laporan yang mendakwa ada individu  bermain mercun pada malam 31 Mac lalu.

“Kami hanya terima laporan berkaitan aktiviti main mercun berhampiran lokasi kejadian pada malam tersebut, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia mempunyai kaitan dengan letupan itu.

“Semua ini masih dalam siasatan. Siasatan awal akan didedahkan dalam masa dua minggu. paling awal pada 15 April ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI