fbpx

Kebakaran paip gas: Tiada kes kematian mangsa diterima – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH lubang besar terbentuk impak daripada letupan saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada Selasa lalu. - SHIDDIEQIIN ZON

PETALING JAYA – Tiada sebarang kematian direkodkan berkaitan mangsa dalam insiden kebakaran paip gas di Taman Putra Harmoni, Putra Heights, dekat sini seperti yang tular di media sosial.

Itu penegasan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat ketika dihubungi pihak media.

Malah kata beliau, tiada sebarang laporan diterima pihaknya setakat ini berhubung berita yang tular di media sosial itu.

“Tak betul, tiada laporan diterima,”katanya.

Terdahulu, tular di media sosial mendakwa seorang mangsa meninggal dunia semalam akibat melecur dalam kejadian terbabit.

Pengguna tiktok dikenali sebagai Dhia mendakwa adik rakannya disahkan meninggal dunia dalam insiden berkenaan.

“Adik kawan saya meninggal semalam akibat lecur daripada insiden Putra Height semoga adik terus kuat ye, moga Allah mudahkan dan lancarkan urusan kita semua,”tulisnya di ruangan komen.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI