fbpx

Kebakaran paip gas: Pengangkutan untuk anak-anak mangsa ke sekolah disediakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin

SHAH ALAM – Perkhidmatan pengangkutan disediakan bagi menghantar anak-anak mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights dekat sini untuk ke sekolah, esok.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penghantaran bermula dari Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menerusi lima buah kenderaan yang disediakan pihaknya.

Katanya, langkah itu adalah hasil kerjasama Jawatankuasa Pengangkutan Awam negeri dengan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan perkhidmatan Demand Responsive Transit (DRT).

“Kereta-kereta ini akan ada di PPS dan nanti boleh rujuk kepada ketua-ketua PPS masing-masing bagi tujuan itu,” katanya.

Kosmo! hari ini melaporkan segelintir ibu bapa yang juga mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights di sini, meluahkan rasa bimbang dan sedang mencari alternatif bagi menghantar anak mereka bagi memulakan sesi persekolahan esok.

Amirudin menambah, pihaknya mengenalpasti sebanyak 34 buah sekolah yang perlu dihantar bagi proses sesi persekolahan itu.

“Lima ini akan diselang-selikan dengan tambahan-tambahan (pengangkutan) yang diperlukan (bagi tujuan sesi persekolahan).

“Kita cuba tambah daripada masa ke semasa untuk hantar para pelajar ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI