fbpx

‘Ikut laluan tikus, silap-silap sampai Brazil’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar laluan tikus yang digunakan perantau untuk pulang ke ibu negara.

PETALING JAYA – Segelintir perantau yang pulang beraya di Pantai Timur memilih laluan tikus untuk pulang ke ibu negara selepas cuti sempena Aidilfitri.

Menerusi perkongsian klip video di Facebook M. K. Azhar, kelihatan beberapa kenderaan lain turut menggunakan laluan tersebut sebagai jalan alternatif bagi mengelakkan kesesakan.

Menurut Azhar, pengguna laluan tikus itu yang terkenal dengan nama ‘Pintasan Anuar’ juga perlu melalui kebun getah sepanjang 600 meter.

“Laluan Kampung Legeh, Jeli . Nak ‘shortcut’ (pintas) tak nak lalu Bukit Bunga dan terus tembus ke persimpangan Gua Musang serta Jeli untuk balik ke Ipoh, Perak,” katanya.

Sehubungan itu, rata-rata pengguna turut berkongsi pengalaman mereka menggunakan laluan tikus bagi mengelak daripada terperangkap dalam kesesakan.

“Saya pun guna jalan itu. Waze kata jimat tiga minit. Sanggup redah,” kata Amboo.

“Ini silap-silap sampai hutan Brazil,” seloroh Atok Su.

“Jalan aneh-aneh ini hanya geng Waze sahaja yang tahu. Lalu sungai, kebun getah dan lalu semak,” ujar Fide. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI