fbpx

ESBK: Qabil dominasi aksi di Jerez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QABIL terus mengharumkan nama negara apabila memenangi perlumbaan 2 ESBK di Litar Jerez hari ini. - GRASSROOTS TO GRAND PRIX

KUALA LUMPUR – Pelumba muda negara, Qabil Irfan Azlan terus mempamerkan aksi konsisten apabila memenangi perlumbaan 2 pada aksi pembuka tirai Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) 2025 di Litar Jerez hari ini.

Pada perlumbaan yang berlangsung sebentar tadi, pelumba berusia 13 tahun itu memulakan saingan di petak pertama dan konsisten berada di kelompok hadapan walaupun dicabar pelumba-pelumba lain.

Dalam aksi sebanyak 14 pusingan itu, Qabil yang mewakili pasukan Frando Racing VHC Team Liqui Moly memperagakan tunggangan cukup mantap sebelum menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 26 minit 8.299 saat (s).

Lebih manis, ia merupakan kemenangan berturut-turut dilakar pelumba kelahiran Terengganu itu di Jerez apabila turut memenangi perlumbaan 1 yang berlangsung semalam, sekali gus menyaksikan lagu Negaraku terus berkumandang.

Mengiringi Qabil di atas podium adalah pelumba ETG Racing, Izan Rodriguez yang berpuas hati di tempat kedua manakala kedudukan ketiga menjadi milik Andres Garcia dari pasukan Igaxteam Snipers. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI