fbpx

Bekas kekasih culik ayam wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki dicekup kerana mencuri ayam milik bekas kekasih. - Foto Pejabat Syerif Kitsap

WASHINGTON  – Seorang lelaki didakwa kerana menceroboh rumah bekas teman wanitanya dan mencuri ayam mangsa, lapor akhbar New York Post yang memetik kenyataan pihak berkuasa County Kitsap, Washington.

Dalam kejadian itu, seorang wanita menghubungi talian kecemasan untuk mengadu bahawa bekas teman lelakinya menceroboh rumahnya dan melarikan ayam peliharaan bernama Polly.

Wanita itu mendakwa lelaki itu menjerit: “Saya mendapat Polly”.

Rakaman kamera badan anggota-anggota polis  memaparkan suspek bersembunyi di dalam belukar  ketika mereka menghampirinya dengan senjata api.

Dia boleh didengari menjerit: “Jangan sakiti ayam saya!” 

“Saya tidak akan menyakiti ayam anda,” kata seorang anggota polis.

Lelaki itu dibenarkan untuk meletakkan Polly dengan selamat di dalam kenderaan peronda sebelum mereka menahannya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI