fbpx

Bapa kutip besi buruk dapat perhatian Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Farhan mewakili Anwar menyampaikan sumbangan kepada sebuah keluarga di Taman Cenderawasih, Kuantan.

PETALING JAYA – Kegigihan seorang bapa menyara keluarga dengan mengutip besi buruk di sekitar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang mendapat perhatian Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azmi Mamat yang juga bapa enam anak menerima sumbangan daripada Perdana Menteri yang disampaikan Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi di rumah keluarganya di Taman Cenderawasih, Kuantan.

Menerusi hantaran Facebook Ahmad Farhan, beliau menyifatkan Azmi sebagai bapa yang menggalas tanggungjawab besar dalam keadaan hidup yang penuh ujian.

“Baru-baru ini, isteri dan anaknya cedera akibat kemalangan. Isterinya mengalami kecederaan patah tulang rusuk, manakala anaknya patah bahu dan kaki kanan. Mereka masih dalam pemantauan doktor.

“Dalam keadaan serba kekurangan, mereka masih cekal membesarkan enam anak. Lima anak masih bersekolah dengan anak sulung menuntut di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIPSAS),” katanya hari ini.

Beliau berkata, selain sumbangan Perdana Menteri, keluarga Azmi turut menerima bakul makanan sebagai tanda kasih dan keprihatinan.

“Semoga bantuan ini dapat memberi kelegaan buat Azmi sekeluarga. Moga Allah SWT terus memberkati dan mempermudahkan urusan mereka sekeluarga,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI