fbpx

Amaran hujan lebat hampir di semua negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hampir di seluruh negara sehingga pukul 5 petang, hari ini.

Antara negeri terlibat adalah Kedah (Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) dan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

“Turut terlibat adalah Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin).

“Ribut petir juga diramal berlaku di seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau), Melaka dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang),” kata MetMalaysia menerusi kenyataan.

Di Sabah, cuaca buruk sama dijangka berlaku di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Tongod).

“Sarawak pula melibatkan daerah Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Belaga), Miri dan Limbang serta di Labuan,” tambah kenyataan sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI