fbpx

Abang belon nekad lawan, tampil buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Zaimuddin yang berkerusi roda ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, hari ini.

PETALING JAYA – Peniaga belon yang terlibat dalam insiden pergelutan dengan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini hari ini.

Laporan itu dibuat Abang belon atau nama sebenarnya Muhammad Zaimuddin Azlan, 28, kira -kira pukul 11.09 ditemani ibu dan bapanya bersama peguam Rafique Rashid, Che’gu Bard serta pengamal perubatan, Dr. Mohd. Hafidz Rizal.

Muhammad Zaimuddin berkata, dia mengambil keputusan membuat laporan bagi mempertahankan diri dan maruah keluarganya.

“Saya berniaga belon sebagai ‘part time’ sempena bulan Ramadan dan Hari Raya kerana pekerjaan sepenuh masa sebagai kedi golf tidak ada banyak kerja waktu itu.

“Saya hendak berubah, bukan mudah jadi orang miskin. Saya akan lawan sebab perkara ini zalim. Pada pihak berkuasa, tolong bertindak ikut undang-undang. saya hanya mencari sesuap nasi untuk keluarga saya. Kami pun hendak beraya macam orang lain,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Zaimuddin turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu termasuk Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan mengunjunginya di hospital baru-baru ini.

“Pada yang komen beri kata-kata hina, saya doakan perkara yang kena pada saya tidak dilalui oleh anda semua. Saya lihat video viral itu dan saya mohon maaf pada ibu, ayah dan kakak serta adik saya,” jelasnya.

Sebelum ini tular di media sosial memaparkan pergelutan antara seorang peniaga belon dan penguat kuasa DBKL dalam kejadian di jalan TAR.

Dalam kejadian sekitar pukul 11.30 malam itu, insiden tersebut dipercayai telah menyebabkan peniaga berkenaan mengalami kecederaan tulang belakang.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain dilaporkan berkata, dua daripada tiga kertas siasatan berhubung insiden terbabit telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Katanya, kertas siasatan itu dibukan mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI