JOHOR BAHRU – Seramai 285 mangsa banjir kilat ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Batu Pahat setakat pukul 4 petang ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, PPS yang dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gading itu menempatkan mangsa daripada 94 buah keluarga.
Katanya, mangsa yang terjejas terdiri daripada penduduk Kampung Baharu, Batu Pahat.
“Jabatan Metereologi mengeluarkan anaran ribut petir di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang.
“Sungai Senggarang menunjukkan paras air tahap amaran manakala Sungai Batu Pahat pula berada pada tahap waspada ketika ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Bagaimanapun Azmi memberitahu, tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan setakat ini. – KOSMO! ONLINE