fbpx

Wanita terkejut, tabung berisi wang mainan dan kertas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan sejumlah wang mainan dan kertas yang dikeluarkan dari tabung. - TikTok

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia terkejut apabila wang kertas yang disimpan di dalam tabungnya didapati terdiri daripada wang mainan dan kertas, lapor portal berita Lambeturah semalam. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @fathir_n_r  memaparkan wanita itu sedang membongkar dua tabung miliknya menggunakan pisau. 

Situasi ceria bertukar panik apabila dia menemukan sejumlah wang mainan dan kertas selepas membuka kedua-dua tabung berkenaan. 

“Isi tabung kedua sama seperti tabung pertama. 

“Kedua-dua tabung memiliki beberapa keping wang kertas, selebihnya adalah wang mainan dan kertas,” demikian menurut keterangan video itu. 

Rakaman tersebut mencatatkan lebih 1.3 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Pelakunya mesti orang dalam rumah,” kata seorang netizen. 

“Makcik perlu menabung sendiri biar selamat,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI