fbpx

Tabung bantuan DAP atas permintaan ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan mangsa kebakaran saluran paip gas di Stesen LRT Putra Heights, hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI

SUBANG JAYA – DAP menegaskan tabung bantuan yang dilancarkan bagi membantu mangsa dalam kejadian kebakaran saluran paip gas di Putra Heights di sini berikutan permintaan orang ramai.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, matlamat tabung itu adalah untuk meringankan beban mangsa yang terjejas.

Anthony Loke turut menyifatkan tindakan pihak yang mempersoal perkara tersebut sebagai tidak berakal memandangkan kejadian terbabit merupakan bencana.

“Lebih baik kalau dia ada masa, cuba dia fikir bagaimana nak bantu mangsa. Kerajaan ada tanggungjawab untuk bantu, begitu juga syarikat swasta dan terdapat ramai pihak tanya macam mana nak bantu.

“Bukan semua ada keupayaan macam Berjaya (syarikat besar). Mungkin ada yang nak derma RM50 atau RM100 dan dia nak derma macam mana? Jadi kita buka tabung ini di atas permintaaan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan kepada mangsa kebakaran saluran paip gas di perkarangan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Putra Heights, di sini hari ini.

Terdahulu beberapa pihak mengecam tindakan DAP yang melancarkan tabung kutipan derma untuk mangsa kebakaran Putra Heights. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI