fbpx

‘Rider’ terima pesanan jenguk kubur ibu pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penghantar e-hailing mengambil gambar berlatarbelakangkan kubur ibu pelanggan. - Lambeturah

JAKARTA – Seorang penunggang teksi motosikal online di Indonesia berdepan detik menyeramkan apabila dia menerima pesanan daripada pelanggan untuk melihat keadaan kubur ibunya, lapor portal berita Lambeturah hari ini. 

Rakaman dimuat naik di platform media sosial menunjukkan lelaki tersebut sedang mencari kubur ibu kepada pelanggan berkenaan. 

Selepas ditemukan, dia merakam gambar dan menghantar imej tersebut kepada pelanggan sebagai bukti. 

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen. 

“Kenapa anda tidak menaburkan bunga?” kata seorang netizen. 

“Tugas ‘rider’ sekarang menyaingi bomba,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI