fbpx

‘Rasa sangat bodoh ikut trend tarian beri duit raya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tersedar daripada kekhilafan, pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay akhirnya bertindak memadam video dirinya menari sambil memberi duit raya yang dimuat naik dalam laman sosial miliknya baru-baru ini.

Liyana, 37, mengakui terkhilaf apabila menyertai trend tarian dikenali sebagai Penguin Dance tanpa menyelidik latar belakang gerakan dan lagu yang digunakan dalam video berkenaan.

“Saya berasa sangat-sangat low dan bodoh kerana melakukan trend ini dengan anak saudara saya.

“Terus padam bila nampak video teguran itu,” katanya dalam Instagram.

Pelakon filem Papadom itu turut berkongsi satu video memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai daripada golongan Yahudi sedang menari dengan gerakan yang sama.

Situasi itu sekali gus menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna media sosial, malah ramai menggesa agar trend tersebut dihentikan segera demi sensitiviti umat Islam.

Mengulas lanjut, Liyana tampil memberi nasihat agar orang ramai lebih berhati-hati sebelum mengikuti mana-mana cabaran dalam media sosial.

“Kepada rakan-rakan saya yang tidak mengetahui, janganlah ikut trending TikTok.

“Baik saya buat video mukbang je,” katanya lagi.

Difahamkan, Penguin Dance berasal dari Eropah Timur termasuk Romania dan Albania.

Tarian itu juga dikenali sebagai Letkajenkka di Finland dan dikatakan popular dalam kalangan masyarakat Yahudi.

Bagaimanapun, pengaruh lagu dan gerakan tersebut semakin meluas, terutama ketika musim perayaan di Malaysia, hingga ramai menggunakannya sewaktu sesi memberi duit raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI