fbpx

‘Pergi dalam keadaan baik’ – Allahyarham Nico selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Allahyarham Nico selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada pukul 2.15 petang. – MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Jenazah Allahyarham Nico atau nama sebenarnya, Abdul Fashah Abdul Aziz, 53, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada pukul 2.15 petang sebentar tadi. 

Dalam kesedihan, kakak kepada arwah iaitu Suzzi Abdul Aziz turut meluahkan rasa syukur segala urusan pengebumian dipermudah.

“Ketika hidup kami pernah bercakap soal sakit dan mati. Siapa akan jaga siapa jika sakit.

“Saya juga risau memikirkan tentang dia kerana hidup sendirian. Syukur arwah pergi dalam keadaan baik,” katanya. 

Suzzi antara ahli keluarga yang hadir ketika pengurusan jenazah dan pengebumian Nico.

Kira-kira 200 orang turut sama  berada di tanah perkuburan bagi memberi penghormatan terakhir termasuklah Affa dan Dino selain rakan artis lain seperti Hairi, Riot Kool, Ismahalil, Baggio dan Boy Iman.

Allahyarham Nico disahkan meninggal dunia sekitar pukul 11 malam hari Jumaat di kediaman sahabatnya ketika tidur di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan hypertensive heart disease atau penyakit jantung hipertensi.

Allahyarham ketika hidup pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali namun semua perkahwinan itu berakhir dengan penceraian.

Hasil perkahwinan pertama, Nico memilik seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia 12 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI