LONDON – Seorang pengurus bank didapati bersalah mencuri wang sebanyak £344,000 (RM2 juta) dari sebuah mesin tunai di cawangannya di London sepanjang tempoh lapan tahun, lapor akhbar Metro UK.
John Toms, 44, mempunyai akses eksklusif kepada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan mencuri wang sejumlah itu antara Januari 2016 hingga April 2024.
Dalam perbicaraannya, mahkamah diberitahu bahawa pada April 2023, seorang pekerja kanan telah dimaklumkan oleh Pengurus Jaminan Kawalan bahawa kesemua lima ATM mempunyai kekurangan wang yang besar.
Rekod audit mendedahkan Toms sebagai satu-satunya pegawai yang boleh mengakses ATM tersebut.
Dia kemudian mengaku bersalah di mahkamah dengan menyatakan ketagihannya terhadap perjudian menyebabkan dia melakukan perbuatan tersebut.
Hakim Mark Weekes akan menjatuhkan hukuman ke atas Toms pada 5 Jun depan. – AGENSI