fbpx

Ops Khas Aidilfitri: JPJ Terengganu keluar 3,337 notis kompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zamri (kanan) menyampaikan cederamata kepada salah seorang pengguna LPT 2 sewaktu pemantauan Ops Khas HRA di Plaza Tol Kuala Terengganu berhampiran Gemuruh, Kuala Nerus hari ini.

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) mengeluarkan 3,337 notis kompaun atas pelbagai kesalahan sepanjang pelaksanaan Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) di seluruh Terengganu sejak 24 Mac lalu.

Pengarah JPJ negeri, Mohd. Zamri Samion berkata, antara kesalahan yang banyak dikesan adalah tidak memiliki lesen memandu kompetensi (CDL), lesen kenderaan motor (LKM) dan pelindungan insurans serta memakai cermin gelap tanpa kebenaran.

“Notis kompaun tersebut dikeluarkan terhadap 1,518 pengguna jalan raya yang diperiksa sepanjang tempoh tersebut.

“Kita turut menyita 47 kenderaan berupa 39 motosikal, enam kereta dan dua lagi lain-lain kenderaan dalam operasi sama,” katanya di Plaza Tol Kuala Terengganu berhampiran Gemuruh di sini hari ini.

Terdahulu beliau ditemui ketika mengetuai Ops Khas HRA memantau pengguna Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2).

Zamri berkata, sepanjang pelaksanan Ops Khas HRA, sebanyak 15,995 kenderaan telah diperiksa di seluruh negeri ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI