fbpx

Nelayan maut motosikal terbabas langgar lubang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman video kamera papan pemuka dikongsi pengguna Facebook memaparkan kejadian terbabit.

KUANTAN – Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dipercayai melanggar lubang dalam kejadian di Kampung Hijrah, Jalan Kuantan-Cherok Paloh di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.50 petang itu, mangsa, Muhammad Hazeem Hazimi Mohd Shamsuddin, 19, yang bekerja sebagai nelayan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Zon Merah, Wad Kecemasan, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan kira-kira dua jam selepas kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 dari arah Kampung Hijrah menghala ke Kampung Chempaka.

“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai melanggar lubang sebelum hilang kawalan dan terbabas di atas jalan. Mangsa juga tidak memakai topi keledar ketika kejadian berlaku.

“Mangsa kemudian dibawa ke HTAA Kuantan untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia pada pukul 7.50 malam,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI