fbpx

Nahas trak pikap, SUV punca laluan di Gua Musang sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliran trafik perlahan di kawasan pembinaan Projek Lingkaran Tengah Utama di Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Laluan ke bandar Gua Musang sesak susulan kemalangan melibatkan sebuah trak pikap dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 23-25, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Gua Sejuk di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, laluan itu hanya dapat dilalui semula oleh kenderaan selepas kerja-kerja mengalihkan kenderaan dilakukan.

Menurutnya, pergerakan kenderaan menghala ke bandar Gua Musang hari ini bertambah, namun keadaan trafik masih terkawal.

“Kami dapati kereta menghala ke Gua Musang sedikit berkurang hari ini berbanding semalam. Kejadian kemalangan di Gua Sejuk di sini menyebabkan trafik sedikit sesak.

“Selain itu terdapat satu lagi kemalangan di Kampung Tanah Putih pagi tadi dan kenderaan terlibat juga sudah berjaya dialihkan,” katanya.

Choon Foo berkata, dua kejadian kemalangan itu hanya melibatkan kecederaan dan kerosakan kenderaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI