fbpx

Mayat ratu cantik Myanmar ditemukan bawah runtuhan bangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Silimee. - Facebook Miss Tourism Myanmar

NAYPYIDAW – Mayat bekas ratu cantik Myanmar ditemukan di sebalik runtuhan sebuah kondominium di Mandalay susulan gempa bumi yang melanda negara itu minggu lalu, lapor laman berita VNExpress.

Penemuan mayat pemenang Miss Tourism Myanmar 2018, Silimee itu sekali gus mengesahkan kematiannya dalam bencana tersebut.

“Miss Tourism Myanmar 2018, Silimee yang mewakili negara ini dalam pertandingan Miss Tourism World 2018, meninggal dunia secara tragis selepas gempa bumi pada 28 Mac 2025.

“Silimee terperangkap dalam runtuhan kondominium Sky Villa di Mandalay semasa gempa bumi.

“Dia ditemukan mati oleh pasukan penyelamat pada 2 April 2025,” tulis organisasi Miss Tourism Myanmar dalam satu kenyataan di laman Facebook.

Gempa bumi sekuat 7.7 magnitud itu melanda bahagian tengah Myanmar, manakala gegarannya dapat dirasai di seluruh negara jiran termasuk Thailand, Vietnam dan sebahagian China. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI