fbpx

Lelaki ganggu buaya nyaris putus lengan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan lengan Paulus digigit seekor buaya di Namibia. - Jamie Pyatt News

WINDHOEK – Seorang pengawal keselamatan berdepan detik cemas apabila lengannya hampir putus digigit seekor buaya di Namibia, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Simson Paulus, 41 diserang ketika cuba menarik ekor buaya sepanjang 3.04 meter itu di wilayah Omusati.

Rakaman video dimuat naik di media sosial memaparkan Paulus sedang menarik ekor reptilia berkenaan sebelum lengan kirinya digigit.

Orang ramai menjerit ketakutan apabila melihat lengan mangsa berada dalam rahang haiwan pemangsa tersebut.

Ahli Majlis Omusati, Festus Petrus berkata, buaya itu mengalami kecederaan selepas dirempuh sebuah teksi ketika melintas jalan.

“Penduduk setempat mula menarik dan menendang reptilia itu untuk memeriksa sama ada ia masih hidup.

“Paulus diberi amaran untuk tidak mengganggu buaya itu tetapi tidak diendahkan.

“Mangsa dibawa ke hospital dan menerima berpuluh-puluh jahitan. Dia kini berada dalam keadaan stabil,” kata Petrus. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI