fbpx

Lelaki cedera kereta dihempap pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan APM membantu mengalihkan pokok tumbang yang menghempap sebuah kereta di Petronas Taman Data, Kepong hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki cedera apabila kereta yang dia naiki dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Petronas Taman Data, Kepong, di sini hari ini.

Pegawai Agensi Pertahanan Awam Malaysia Kuala Lumpur, Mejar Ahmad Junaidi Dukut Soeharto berkata, pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira pukul 5.51 petang.

“Dua pasukan APM telah dikerahkan lokasi dan mendapati pokok yang tumbang telah menghempap sebuah kereta jenis Proton X50.

“Akibat kejadian, seorang mangsa lelaki cedera dan telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Junaidi berkata, pasukan APM turut membantu kerja pemotongan dan pengalihan pokok tumbang terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI