fbpx

Kerajaan Pahang kesal sampah dibuang di bahu jalan R&R 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN ROSDY (tengah) menyampaikan sumbangan duit raya kepada pengunjung yang hadir Rumah Terbuka DUN Jelai, di Sungai Koyan, Lipis.

LIPIS – Kerajaan Pahang kecewa dengan sikap segelintir pengguna laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) membuang sampah di bahu jalan serta melakukan vandalisme terhadap kemudahan di hentian rehat dan rawat (R&R) sementara di sepanjang laluan tersebut.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perbuatan tidak beretika itu bukan sahaja mencacatkan kemudahan awam, malah memaksa kerajaan berbelanja untuk membaiki kerosakan menggunakan dana awam.

“Duit kerajaan itu maknanya duit rakyat juga. Tujuan utama R&R bukan sahaja untuk mengelakkan kemalangan jalan raya, tetapi juga untuk keselesaan pengguna jala  termasuk menukar lampin bayi, menggunakan tandas dan bersembahyang.

“Jadi saya menyeru kepada semua pengguna supaya gunakan (kemudahan) dengan berhemah sebab ini adalah untuk kebaikan kita juga, untuk kebaikan rakyat dan untuk orang lain,” katanya ketika ditemui media sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Laman Sejahtera Jelai, Felda Sungai Koyan di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Wan Rosdy memaklumkan, kerajaan negeri merancang membina kemudahan R&R kekal di laluan LTU bagi memberikan keselesaan jangka panjang kepada pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI