fbpx

Kebakaran paip gas: Penyewa turut terima bantuan RM2,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ketika sidang akhbar di Wisma Dewan Annex, Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Kategori kepada penyewa akan dibuka bagi penyaluran bantuan kepada mangsa-mangsa yang terkesan dalam kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya dekat sini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini susulan terdapat rumah terutama di Kampung Kuala Sungai Baru mempunyai rumah-rumah yang disewakan kepada mangsa.

Katanya, penyewa ini akan terletak dalam kategori ketiga yang akan menerima bantuan RM2,500 seperti akan diterima rumah yang terkesan akibat insiden itu.

“Di beberapa premis diletakkan rumah-rumah sewa. Ada sebahagian mempunyai sehingga lapan pintu.

“Jadi, itu pun akan kita pertimbangan. Rumah ‘total lost’ adalah kategori satu manakala kategori kedua bagi rumah yang terkesan dan juga penyewa,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Dewan Annex, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, hari ini.

Menurut beliau, seramai 509 keluarga telah berdaftar dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) dengan sebahagiannya tidak tinggal di situ.

Justeru, kata beliau, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menasihatkan sesiapa yang belum berdaftar untuk berbuat demikian.

“Ini kerana kita akan tutup pendaftaran esok bagi pengemaskinian maklumat dan data disamping pihak bomba, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pejabat Tanah dan Daerah juga akan bandingkan senarai rumah telah dikenalpasti,” katanya

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, pihaknya akan memanggil nama-nama yang telah ditentusahkan bermula Isnin ini bagi proses penyaluran bantuan.

“Penyaluran sumbangan akan mengikut kesesuaian sama ada pindahan dalam talian atau wang tunai. Mungkin bagi secara cash,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI