fbpx

Kebakaran paip gas: JPN proses 333 dokumen hilang, terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkhidmatan penggantian dokumen yang disediakan oleh JPN pada hari ini.

SUBANG JAYA – Sebanyak 333 dokumen selesai didaftarkan oleh mangsa di kaunter bergerak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Heights, di sini hari ini.

Menurut JPN, perkhidmatan tersebut disediakan bagi meringankan beban mangsa membuat gantian kepada dokumen mereka yang musnah akibat kebakaran saluran paip gas, baru-baru ini.

Katanya, ia melibatkan gantian kad pengenalan, sijil kematian, MyKid, sijil perkahwinan dan sijil kelahiran.

“Setakat tiga hari ini, JPN sudah proses sebanyak 118 gantian kad pengenalan, sijil kelahiran (202), sijil perkahwinan (4), sijil anak angkat (2) serta satu sijil kematian.

“Kami tidak mengenakan sebarang caj pembayaran kepada mangsa yang ingin mengantikan segala dokumen penting yang hilang atau terbakar,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya, JPN juga menawarkan perkhidmatan khidmat nasihat kepada mangsa dan sebanyak 166 laporan telah diterima. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI