fbpx

Kebakaran paip gas: 400 keluarga terima bantuan tunai, kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke pada Majlis Penyerahan Bantuan kepada mangsa insiden kebakaran saluran paip gas di Stesen LRT Putra Heights, hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI

SUBANG JAYA – Tiga syarikat swasta menghulurkan bantuan kepada 400 keluarga yang terjejas dalam insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, di sini hari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Berjaya Corporation Berjaya (BCorp) menyumbangkan RM3,000 kepada 300 keluarga, manakala syarikat pemaju Matrix Concept Holdings Berhad (Matrix) menyalurkan RM3,000 kepada 100 keluarga.

Menurutnya, syarikat e-dagang kereta bersepadu, Carsome pula menaja 50 kereta untuk kegunaan mangsa kebakaran selama sebulan.

“Untuk fasa pertama hari ini, penyerahan kepada mangsa membabitkan 20 kereta manakala baki lagi 30 akan dihantar pada minggu hadapan.

“Terdapat syarikat juga yang bersetuju untuk menaja sebanyak 63 motosikal yang mana penyerahan akan dibuat Isnin nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan di pekarangan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Putra Heights, di sini hari ini.

Turut hadir Pengasas BCorp, Tan Sri Vincent Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Matrix, Chai Keng Wai dan Ketua Pegawai Eksekutif Carsome, Eric Cheng.

Dalam pada itu, Anthony Loke berkata, beliau menghargai usaha beberapa syarikat yang tampil untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran.

“Ini merupakan satu sumbangan yang baik sekali gus menunjukkan bahawa apabila kita ditimpa bencana dan kesusahan, semua pihak berganding bahu bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk bersama membantu antara satu sama lain.

“Saya harap semangat ini menunjukkan satu semangat rakyat Malaysia yang kita boleh banggakan” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI