PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga pukul 5 petang ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka melibatkan Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Sarawak dan Sabah.
Antara kawasan yang terlibat di Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) manakala di Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau).
Sementara itu, kawasan yang dijangka mengalami hujan lebat ialah di keseluruhan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Ribut petir pula dijangka berlaku di Sarawak ialah Kuching, Serian (Tebedu), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah, Kapit (Belaga), Bintulu dan Miri (Telang Usan) serta di Sabah Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan),” kata kenyataan itu.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE