fbpx

EPL: Impian Chelsea semakin jelas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDEZ (kiri) muncul wira Chelsea selepas meledak gol tunggal perlawanan ketika membenam Spurs awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Pengendali Chelsea, Enzo Maresca semakin optimis pasukannya mampu layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan selepas menewaskan seteru setempat, Tottenham Hotspur 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi semalam.

Pada perlawanan di Stamford Bridge itu, skuad The Blues meraih tiga mata berharga hasil jaringan tunggal Enzo Fernandez pada babak kedua untuk memastikan pasukan berada di kedudukan ‘Top 4’ EPL ketika ini.

Kata Maresca, kemenangan itu cukup penting untuk melonjakkan motivasi pasukan terutama apabila saingan musim ini berbaki lapan perlawanan.

“Kita sekarang sudah berada di penghujung musim dan semua mata yang dikutip cukup berharga. Meskipun kita tidak bermain dengan baik pada perlawanan ini, pemain masih menunjukkan taktikal yang cuba diterapkan.

“Jika momentum ini dapat dikekalkan, mungkin kelayakan UCL musim depan berada dalam genggaman pasukan. Saya melihat mereka berlatih setiap hari dan kita sememangnya layak untuk berada di kedudukan ini,” katanya.

Sementara itu, tonggak pertahanan Chelsea, Levi Colwill mengakui barisan pemain berdiri teguh di belakang Maresca yang dikecam ekoran gagal mempamerkan prestasi konsisten sejak membimbing pasukan musim ini.

“Kualiti yang ada pada Maresca setanding dengan bekas jurulatih Chelsea yang lepas. Saya harap dia dapat kekal lama di sini dan membawa saya mencapai potensi untuk menjadi pemain yang lebih baik,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI