NEW DELHI – Seramai 65 murid jatuh sakit selepas makan makanan tengah hari yang mengandungi bangkai cicak di sebuah sekolah di India, lapor laman berita Gulf News semalam.
Kejadian berlaku di Sekolah Rendah Gajadharpur Turripani yang terletak di kawasan terpencil daerah tersebut.
Menurut pegawai, kesemua kanak-kanak itu segera dibawa ke pusat kesihatan setempat sebelum mereka dibenarkan keluar.
Menurut maklumat, ketika sedang menjamu selera, seorang pelajar perempuan menyedari terdapat seekor cicak mati di dalam pinggannya.
Dia memaklumkan kepada penjaganya dan kesemua 65 pelajar diminta berhenti makan.
Ramai pelajar mula mengalami gejala seperti muntah, loya dan sakit perut.
“Kami telah melancarkan siasatan untuk menentukan bagaimana ia (bangkai cicak) berakhir dalam makanan,” kata seorang pegawai pendidikan, Rampath Yadav. – AGENSI