BATU PAHAT – Seorang wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Tanjong Labuh di sini awal pagi tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat, Pegawai Bomba Kanan II Abdul Ghafar Mahadi berkata, kejadian dimaklumkan kepada pihaknya pada pukul 1.35 pagi sebelum 10 anggota bersama sebuah jentera FRT dan sebuah EMRS dikejarkan ke lokasi.
Katanya, sebaik tiba pihaknya mendapati kemalangan melibatkan dua buah kereta dengan dua mangsa tersepit di tempat duduk masing-masing, manakala seorang lagi dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan Pasukan Keluaran Operasi (PKO)
“PKO mengeluarkan dua mangsa tersepit menggunakan peralatan khas. Seorang penumpang hadapan wanita berusia 59 tahun disahkan meninggal dunia manakala pemandu parah,” katanya dalam kenyataan.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis manakala mangsa yang parah dirujuk ke hospital berdekatan.-KOSMO! ONLINE