fbpx

Ramai-ramai pakai baju raya ‘burgundy’ corak sama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan gadis beraya sambil memakai warna baju dan tudung yang sama. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular memaparkan sekumpulan gadis di Ponorogo, wilayah Jawa Timur memakai baju sama secara serentak sempena Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, lapor portal berita Bangsaku semalam. 

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @ngakaksehat menunjukkan gadis-gadis itu berjalan sambil mengenakan gaun berwarna merah ‘burgundy’. 

Lebih menarik, mereka turut memakai tudung dan corak baju yang sama.

Mereka berbuat sedemikian untuk menunjukkan semangat perpaduan dalam ‘Persatuan Burgundy Seluruh Indonesia’ (PBSI).

Rakaman tersebut mencatatkan lebih 2.8 juta tontonan di samping 2,042 komen. 

“Pasukan bawang merah,” kata seorang netizen. 

“Mereka sudah buat perjanjian sebelum raya,” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI