fbpx

Lori bawa besi buruk terbalik, laluan terkandas lima jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lori terbalik akibat kemalangan di Lebuh Raya di Pagoh, Johor oetang ini.

PETALING JAYA – Pengguna lebuh raya di Pagoh, Johor arah utara terperangkap lebih lima jam ekoran kemalangan melibatkan sebuah lori yang membawa besi buruk dengan sebuah kereta pacuan empat roda jenis Ford Ranger.

Insiden yang berlaku kira-kira pukul 3.30 petang itu telah dikongsi oleh seorang pengguna TikTok @PangeranAbg, menerusi siaran langsung aplikasi berkenaan.

Bagaimanapun katanya, lori yang terbalik sudah diangkat oleh lori towing (penunda).

“Lori ini terbalik, tetapi towing sudah angkat lori berkenaan dan kutip besi yang terjatuh.

“Kejadian ini mula daripada jam 3.30 petang lagi dan semua kenderaan memang tak boleh bergerak,” katanya.

Menurutnya juga, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan semua mangsa disahkan berada dalam keadaan selamat.

Sementara itu, identiti pemandu lori yang terbalik dan kenderaan pacuan beroda empat berkenaan masih belum diketahui.

Sehingga kini, tiada kepastian tentang punca kemalangan serta kesesakan yang berlaku akibat kejadian itu dijangka berakhir lebih kurang dua jam lagi kerana besi yang jatuh bersaiz besar dan memakan masa untuk diangkat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI