fbpx

FAM serius bincang bersama MFL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUOTA pemain import yang terlalu ramai menyebabkan pemain tempatan sukar untuk mendapatkan minit permainan.

PERKEMBANGAN pemain tempatan sentiasa menjadi agenda utama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apabila merasakan mereka perlu mendapatkan lebih banyak minit permainan bersama pasukan masing-masing dalam kancah Liga Malaysia (Liga M).

Ketika ini Liga M dianggap sebagai ‘taman syurga’ buat pemain import memandangkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) membenarkan sembilan import didaftarkan bagi musim 2024/25

Menyedari keluh kesah peminat tentang kebanjiran bintang import dalam Liga M dan kepentingan pasukan kebangsaan, Presiden FAM, Datuk Mohd. Joehari Mohd. Ayub menyatakan pendirian untuk segera berbincang dengan MFL.

“Kita akan berbincang dengan pihak MFL, kita tengok mana yang terbaik,” katanya ringkas ketika ditanya mengenai cadangan untuk mengurangkan kuota pemain import dalam saingan Liga M musim depan.

Sejurus diangkat sebagai Presiden FAM yang baharu sebelum ini, Mohd. Joehari sudah pun menyatakan hasrat untuk memperbaiki mutu Liga M dan ia dianggap sebagai salah satu agenda penting FAM di bawah kepimpinannya.

Malah, pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski secara terbuka sudah meluahkan pandangannya yang merasakan saingan Liga M menghadapi masalah kekurangan minit permainan, tidak menarik dan agak perlahan berbanding negara lain.

Pada kem latihan pusat Harimau Malaya bagi menghadapi kempen kelayakan Piala Asia 2027 sebelum ini, peminat turut menimbulkan persoalan tentang pemilihan Mohamadou Sumareh yang dianggap tidak memiliki minit permainan mencukupi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Memang dalam proses perbincangan di mana ada beberapa perkara yang kita akan perhalusi bagi memperbaiki liga kita. Itu (minit permainan kepada pemain) terpulang pada kelab masing-masing,” kata Mohd Joehari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI