fbpx

4 suspek disambung reman kes merusuh guna senjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BALIK PULAU – Empat lelaki disambung reman lagi dua hari bagi membantu siasatan kes merusuh menggunakan senjata di tapak penjualan mercun di Sungai Ara, Bayan Lepas di sini, pada malam raya, Isnin lalu.

Reman terhadap suspek terbabit bermula hari ini bagi meneruskan siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, mereka terdiri 10 suspek direman selama tiga hari bermula Selasa lalu selepas ditahan kurang tempoh 24 jam kejadian pergaduhan berlaku kira-kira pukul 10.15 malam, Ahad lalu.

Menurut sumber, suspek yang masih ditahan reman bekerja sebagai operator kilang, penjual ikan, berniaga sendiri dan penghantar barang di syarikat kurier.

“Hanya empat suspek disambung reman hari ini, manakala yang lain dibebaskan dengan jaminan termasuk seorang daripadanya ialah pelajar berusia 16 tahun,” katanya di sini hari ini.

Hari ini, Kosmo! melaporkan kejadian merusuh sekumpulan 10 lelaki di tapak penjualan mercun di Sungai Ara, Bayan Lepas dipercayai akibat persaingan membabitkan dua premis perniagaan di situ.

Dua premis berkenaan dikatakan mula beroperasi pada awal Ramadan lalu sehingga menjelang Syawal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI