fbpx

[VIDEO] Satu keluarga macam telan kaset

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tular sebuah keluarga seperti 'telan kaset' apabila mempamerkan bakat nyanyian yang hebat di media sosial.

PETALING JAYA – Sebuah keluarga tular apabila masing-masing menunjukkan bakat nyanyian yang hebat apabila menyanyikan lagu halaman asmara milik penyanyi terkenal, Ziana Zain dan Datuk Awie.

Menerusi satu hantaran di TikTok, turut menjadi perhatian warganet apabila kehadiran Idris, penyanyi otai yang pernah menjadi naib juara dalam Kilauan Emas musim ketiga muncul di dalam video tersebut.

Rata-rata pengguna teruja melihat kehadirannya yang turut serta menyanyikan lagu halaman asmara bersama keluarga tercinta.

Ramai juga yang kagum dengan bakat nyanyian ahli-ahli keluarga Idris yang santai menyanyikan lagu seakan ‘berkaraoke’ bersama dalam perkongsian video tersebut.

“Keluarga penyanyi, mestilah berbakat. Dalam darah depa (mereka) dah,” komen @maryamhassan.

“Pakcik buka mulut je terus tangkap dah pakcik Idris Kilauan Emas. Paling minat pakcik nyanyi lagu selasih ku sayang,” kata @FizoL.

“Wah hebat, semua boleh menyanyi, apa pun silaturahim ada yg paling penting. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin,” komen @Kusanagi. – KOSMO! ONLINE

@iskandarzulkarnain8600Mantap semua pakcik saudara dan sepupu2 aku. Selamat Hari Raya semua. Maaf zahir dan batin.

♬ original sound – Iskandar Zulkarnain

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI