PETALING JAYA – Pasukan Khas Pertahanan Awam (Paspa) dan anggota agensi lain turut bersama-sama membantu pasukan keselamatan lain dalam operasi menyelamatkan kawasan kebakaran saluran gas di Putra Heights.
Menerusi satu hantaran di TikTok, beberapa anggota Paspa dan anggota lain turut bertungkus-lumus dalam memadamkan api yang marak di kawasan yang terjejas semalam.
Pemilik akaun TikTok @sywljr99 yang merupakan salah seorang anggota Paspa yang bertugas semalam menyatakan rasa syukur atas kerjasama pelbagai pihak yang berkerjasama dalam operasi pemadaman api di lokasi kejadian.
“Alhamdulillah hasil kerjasama dari semua agensi kita berjaya. Semoga mangsa tabah dengan ujian yg berlaku dan moga digantikan dengan rezeki yg melimpah nanti inshaAllah,” katanya.
Tinjauan dari ruangan komen, ramai pengguna menyatakan rasa syukur dan berterima kasih kepada pasukan penyelamat yang tangkas dalam memastikan insiden kebakaran kembali reda.
“Satu pengalaman yang cukup berharga untuk pasukan penyelamat. Susah nak jumpa kes kes yang luar jangkaan mcm ni. dalam latihan simulasi pun tak boleh nak buat sama mcm situasi sebenar,” komen @daoozsawal.
“Terima kasih tidak terhingga buat penyelamat bangsa Melayu kerana menjaga Keselamatan dan kesejahteraan rakyat & negara walaupun sedang menyambut aidilfitri,” komen @andikakhalifah. – KOSMO! ONLINE