SUBANG JAYA – Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli menziarahi dan menyantuni mangsa kebakaran saluran gas yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights, di sini hari ini.
Baginda yang tiba pada pukul 3.05 petang turut meluangkan masa bertanya khabar dan memberikan semangat kepada penduduk yang terjejas ekoran insiden letupan dan kebakaran di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights.
Terdahulu, Tengku Amir berangkat ke lokasi kejadian pada pukul 2.28 petang bagi mendengar taklimat berhubung kebakaran itu.
Taklimat itu dihadiri Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pegawai kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta wakil-wakil agensi berkaitan. – KOSMO! ONLINE