fbpx

Lebih 72 jam terperangkap bawah runtuhan, masih hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SMART berjaya membawa keluar mangsa dalam runtuhan di Myanmar hari ini.

PUTRAJAYA – Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team (SMART) berjaya mengesan seorang lelaki berusia 40-an yang ditemui masih hidup di bawah runtuhan di kawasan rumah kediaman di Jalan Sagaing-Ta Da U, Myanmar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, mangsa lelaki itu berjaya dibawa keluar kira-kira pukul 2.27 petang tadi dengan menggunakan peralatan khas milik pasukan itu.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata, proses membawa keluar mangsa mendapat kerjasama anggota bomba tempatan yang kemudiannya di bawa dengan ambulans ke hospital.

“Ini adalah suatu keajaiban kerana mangsa telah terperangkap di bawah runtuhan melebihi 72 jam,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Terdahulu, pasukan SMART turut menemui dan mengeluarkan empat jasad mangsa yang terkorban dalam gempa bumi yang melanda
Sagaing.

“Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah
kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi ini.

“Kita mendoakan agar keluarga mereka dikurniakan ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian yang amat berat ini,” katanya.

Pada masa sama, Ahmad Zahid turut merakamkan penghargaan kepada anggota SMART yang sanggup berkorban masa bersama keluarga sempena sambutan Aidilfitri demi menjalankan amanah besar ini.

“Pengorbanan ini amat dihargai dan menjadi lambang kesungguhan Malaysia dalam membantu masyarakat antarabangsa ketika ditimpa bencana,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI