fbpx

Penduduk bawa keluar kenderaan, ada masih boleh digunakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan jenis BMW yang terselamat di tempat kejadian.

PETALING JAYA – Kenderaan milik mangsa kejadian letupan paip gas mula dibawa keluar dari kawasan terjejas sejak petang tadi, dengan sebahagian daripadanya mengalami kerosakan tetapi masih boleh digunakan.

Tinjauan di lokasi mendapati beberapa pemilik kenderaan yang terselamat sudah mula mengeluarkan kenderaan mereka dari kawasan kejadian, manakala kenderaan yang mengalami kerosakan serius masih dibiarkan di situ sementara menunggu tindakan lanjut.

Sebuah kereta jenis BMW yang berada di lokasi kejadian dilaporkan tidak mengalami sebarang kerosakan dan berjaya dibawa keluar tanpa sebarang masalah oleh pemiliknya.

Mangsa yang berjaya mendapatkan kembali kenderaan mereka bersyukur kerana masih boleh digunakan, manakala mereka yang kehilangan kenderaan sepenuhnya kini berharap agar ada bantuan yang dapat disalurkan untuk meringankan beban mereka.

Sementara itu, pihak berkuasa masih menjalankan pemeriksaan ketat di kawasan kejadian bagi memastikan keselamatan penduduk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI