fbpx

Kebakaran saluran gas: Bekalan tenaga masih stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah (dua kanan) bersama-sama Abang Johari (kanan) serta Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah (tiga kanan) bersembang di majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitrinya di Pusat Konvensyen CIDB, Petra Jaya hari ini.

KUCHING – Bekalan tenaga setakat ini masih stabil, meskipun berdepan tempoh yang kritikal susulan kejadian letupan paip gas bawah tanah di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya semalam.

Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof berkat,  walaupun berkemungkinan bekalan tenaga akan terjejas namun dalam tempoh minggu ini ia masih dapat dipastikan stabil.

“Sebahagian daripada jana kuasa kita adalah menggunakan gas dan apabila berlaku kebocoran, sebahagian saluran dan aliran gas harus ditutup.

“Jadi ia mungkin akan menjejaskan bekalan tenaga tetapi laporan yang saya terima setakat ini, untuk seminggu ini dalam tempoh yang kritikal, kita akan masih dapat memastikan bekalan tenaga yang stabil,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di Pusat Konvensyen CIDB di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, minggu depan, kementeriannya akan mencari langkah bagi mengatasi sekiranya gas tidak dapat dibekalkan kepada jana kuasa yang terlibat.

“Petronas akan mencari jalan untuk membekalkan gas dan langkah seterusnya yang kita ambil adalah untuk menghidupkan jana kuasa lama yang tidak menggunakan gas untuk memastikan bekalan tenaga khususnya di Lembah Klang tidak terjejas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI