LIVERPOOL – Pasukan Liverpool kekal fokus dalam usaha memburu trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) menjelang aksi derbi Merseyside menentang Everton awal pagi esok.
Pengendali Liverpool, Arne Slot mengakui tumpuan pasukan di atas padang tidak terjejas meskipun pemain pertahanan sensasi, Tren Alexander-Arnold didakwa hampir bersetuju untuk berhijrah ke Real Madrid secara percuma, Jun depan.
Kata Slot, spekulasi melibatkan Arnold sudah berlarutan hampir lapan bulan tetapi ia langsung tidak merencatkan misi pasukan.
Malah, Slot mengakui Arnold kini sedang fokus untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan dan mengambil pendekatan begitu profesional.
“Fokus kita adalah prestasi pasukan di atas padang selain membantu Arnold untuk kembali cergas.
“Bukan sahaja Arnold, situasi melibatkan Virgil van Dijk dan Mohamed Salah juga sama memandangkan kontrak mereka juga bakal berakhir musim ini.
“Saya harap mereka semua kekal memberikan yang terbaik buat pasukan seperti yang telah dilakukan sejak lapan bulan lalu,” katanya. – AGENSI