PETALING JAYA – Satu kebakaran besar dikesan sedang berlaku di Putra Heights, Subang Jaya pagi ini.
Menerusi video secara langsung yang dikongsikan oleh pengguna media sosial, Navan, kebakaran jelas dilihat kerana api yang menjulang tinggi selain bahangnya dapat dirasai menerusi balkoni tempat tinggalnya dipercayai sebuah apartmen.

Katanya, kebakaran itu sudah berlangsung lebih setengah jam selain jelas kedengaran bunyi kuat dipercayai datang dari lokasi terbabit.
“Dekat Putra Heights, saya rasa dekat Petronas, ni bukan rumah ni dah lama dekat setengah jam dah ni,” katanya. – KOSMO! ONLINE