fbpx

Mangsa kebakaran gas terima bantuan RM5,000 – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian kebakaran berlaku melibatkan saluran paip gas di Putra Heights pagi tadi.

SUBANG JAYA – Kerajaan dan Petronas sedang mempertimbangkan bantuan segera sebanyak RM5,000 kepada pemilik kediaman yang mengalami kerosakan teruk akibat kebakaran saluran paip gas di Putra Heights hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi mereka yang mengalami kerosakan ringan, bantuan sebanyak RM2,500 akan disalurkan.

Katanya, bantuan itu bertujuan meringankan beban penduduk yang terkesan sementara tindakan susulan diambil.

“Untuk langkah segera dalam satu atau dua hari ini, Petronas dan kalau perlu Kerajaan Persekutuan akan lihat keperluan menambah (bantuan), bagi rumah yang rosak sepenuhnya diberikan RM5,000 segera.

“Ini supaya mereka dapat belanja sementara dan yang mana (sedikit) terkesan itu, (bantuan) itu RM 2,500,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian itu, hari ini.

Anwar menegaskan bahawa kerajaan, Petronas dan kerajaan negeri akan bekerjasama sepenuhnya dalam usaha memulihkan kawasan perumahan yang terjejas akibat kebakaran itu.

Beliau berkata, ketika ini, Petronas bersama jentera kerajaan sedang berbincang bagi merangka tindakan segera dan munasabah untuk membantu mangsa.

“Keutamaan kita sekarang ialah keselamatan dan setakat ini keadaan terkawal. Sebab itu saya memilih untuk turun sendiri ke lokasi kejadian,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI