ALOR SETAR – “Semua orang tahu di tahap mana kami sekarang dan tak perlu saya huraikan lebih lanjut mengenainya,”
Itu kata-kata ketua jurulatih sementara Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Victor Andrag mengenai prestasi semasa pasukan ketika ini.
“Semangat itu ada tetapi kami berdepan situasi cukup sukar dengan anda sendiri tahu mengenai situasi luar padang hingga menyebabkan pemain tidak turun menjalani latihan.
“Selepas separuh akhir Piala Cabaran menentang PDRM FC, sejujurnya motivasi pemain memang merudum.
“Anda sendiri tahu dengan isu luar padang, ada dalam kalangan pemain tidak turun ke padang.
“Sesi latihan kami pun berkurang dan hanya selepas aksi bertemu Kuching City FC dua minggu lalu, barulah saya ‘mendapat’ semula 22 pemain dalam pasukan.
“Dalam tempoh itu, apa yang boleh kita jangkakan? Saya menghargai kehadiran pemain yang menjalani latihan tetapi tak banyak yang kami boleh minta daripada mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE