fbpx

Letupan gas: Satu PPS dibuka pindah mangsa kebakaran paip gas bocor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran yang berlaku berpunca daripada kebocoran saluran gas.

SHAH ALAM – Satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di Masjid Putra Height, Subang Jaya dekat sini susulan kebakaran akibat kebocoran paip gas, hari ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Unit Pengurusan Bencana Negeri bekerjasama dengan Jabatan Penyelamat dan Bomba (JPBM) untuk menerima mangsa evakuasi.

Katanya, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor turut bersedia menerima mangsa untuk dirawat di hospital berdekatan.

“Sementara usaha-usaha ini masih berterusan, saya menasihatkan orang awam untuk tidak mendekati kawasan tersebut sehingga situasi kebakaran dapat dikawal dan disahkan selamat oleh JBPM.

“Keutamaan kini adalah untuk mengawal kebakaran serta menyelamatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, seramai 78 anggota telah terlibat dalam operasi pemadaman api sejak pukul 8.10 pagi tadi dan sedang berlangsung sehingga kini.

Tambahnya, pihak Petronas telah menutup injap saluran gas yang bocor dan telah menyebabkan kebakaran pagi tadi.

“Namun begitu, keadaan api masih marak disebabkan sisa gas yang masih di dalam saluran gas tersebut, dan ini telah menyebabkan api marak menjulang tinggi di kawasan Jalan Putra Harmoni, Putra Heights.

“Proses cari dan menyelamat mangsa sedang berlangsung, dan sehingga pukul 11 pagi, usaha evakuasi oleh JBPM telah mengeluarkan tujuh orang mangsa, termasuk dua warga emas,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail menjelaskan dua mangsa yang cedera dihantar ke hospital Cyberjaya, manakala empat mangsa lagi ke Hospital Serdang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI