fbpx

Letupan berpunca dari saluran paip gas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran yang berlaku di Taman Puchong Perdana, pagi ini. - Kredit foto Mrs Shafiq

PETALING JAYA – Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar mengesahkan kebakaran stesen minyak Petronas yang tular berlaku di Taman Puchong Perdana, Puchong, Selangor.

Katanya menerusi kenyataan, aduan mengenai insiden berkenaan diterima pada pukul 8.23 pagi tadi dan kebakaran dikesan berlaku di saluran paip gas di stesen berkenaan.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, media sosial kini dihujani perkongsian video mengenai kebakaran yang sedang berlaku.

Ada yang mendakwa, kebakaran yang berlaku berpunca daripada paip gas di stesen minyak terbabit.

Malah, ada penduduk sekitar memaklumkan seluruh Puchong dan Putra Heights kini dihujani batu pasir dan debu kesan daripada kebakaran tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI