fbpx

Kebakaran saluran gas: Masyarakat antarabangsa titip simpati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara perkongsian berita oleh Al Jazeera dan ABC News berkenaan kebakaran di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights pada pagi tadi yang berpunca daripada kebocoran paip gas.

PETALING JAYA – Insiden kebakaran di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights pada pagi tadi turut mendapat simpati daripada masyarakat antarabangsa apabila mereka turut mendoakan kesejahteraan mangsa yang terjejas.

Menerusi perkongsian di media sosial, banyak portal media antarabangsa turut melaporkan kejadian tersebut dan ia mengundang simpati masyarakat dunia terhadap insiden berkenaan.

“Saya harap tiada yang cedera kekal dan selamat semuanya,” kata pengguna Instagram Marjan Kaykavoosi dari Colorado, Amerika Syarikat.

“Semoga Allah melindungi kawan-kawan Malaysia,” kata Aoen Noer dari Indonesia.

“Harap semua orang selamat, hati-hati,” komen Rabia Saleem dari Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Kosmo! melaporkan, kebakaran di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights pada pagi tadi berpunca daripada kebocoran paip gas sekali gus menyebabkan kebakaran saluran sepanjang 500 meter (m).

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor dipetik berkata, kerja-kerja pemindahan penduduk sekitar sedang dilakukan berikutan kebakaran berlaku berhampiran kawasan perumahan awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI