PETALING JAYA – Kanak-kanak antara mangsa melecur susulan kebakaran di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights pagi tadi berpunca daripada kebocoran paip gas sekali gus menyebabkan kebakaran saluran sepanjang 500 meter (m).
Menerusi video dan gambar tular di media sosial, mangsa kanak-kanak tersebut dilihat sedang baring meniarap dan mereka dipakaikan krim bagi rawatan akibat melecur tersebut.
Mereka termasuk mangsa dewasa ditempatkan di Masjid Nurul Iman Kampung Tengah, Puchong yang dijadikan sebagai pusat rawatan sementara untuk mangsa-mangsa kebakaran.
Kosmo! melaporkan, kebakaran di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights pada pagi tadi berpunca daripada kebocoran paip gas sekali gus menyebabkan kebakaran saluran sepanjang 500 meter (m).
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor dipetik berkata, kerja-kerja pemindahan penduduk sekitar sedang dilakukan berikutan kebakaran berlaku berhampiran kawasan perumahan awam. – KOSMO! ONLINE