fbpx

180 mangsa letupan berdaftar Unit Pengurusan Bencana Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SHAH ALAM – Seramai 180 penduduk Taman Harmoni dan Kampung Kuala Sungai Baru yang terjejas dalam insiden kebakaran saluran gas didaftarkan oleh Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kesemua mereka berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights.

Insiden itu turut mengakibatkan sebanyak 327 buah kenderaan musnah.

“Justeru, saya menggesa mangsa yang belum berdaftar untuk berbuat demikian dengan segera di PPS Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights.

“Ini bagi memastikan semua keluarga yang terkesan di Taman Harmoni dan Kampung Kuala Sungai Baru dapat dibantu,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan Persekutuan dengan kerjasama Petronas akan menghulurkan bantuan awal sebanyak RM5,000 kepada rumah yang rosak sepenuhnya.

Selain itu bantuan sebanyak RM2,500 akan diberikan kepada kediaman yang rosak sebahagian.

Tambah Amirudin, keutamaan bagi kerajaan negeri dan Persekutuan ketika ini adalah keselamatan, kebajikan, dan keselesaan semua penduduk yang terkesan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI