PETALING JAYA – Media sosial kini dihujani perkongsian video mengenai kebakaran yang sedang berlaku di Putra Heights, Subang Jaya, pagi ini.
Ada penduduk sekitar memaklumkan, seluruh Puchong dan Putra Heights kini dihujani batu pasir dan debu kesan daripada kebakaran tersebut.
“Bencana yg sedang berlaku. Kebakaran di Putra Height. Habis seluruh Puchong dan Putra Height kena hujan batu pasir debu. Bunyi api terbakar sangat kuat dan dasyat,” kongsi Azizee Bos Abul.
“Terkini, paip gas Petronas dikatakan punca berlaku kebakaran di Putra Height ketika ini,” kata seorang pengguna.
Terdahulu Kosmo! melaporkan, satu kebakaran besar dikesan sedang berlaku di Putra Heights, Subang Jaya pagi ini.
Menerusi video secara langsung yang dikongsikan oleh pengguna media sosial, Navan, kebakaran jelas dilihat kerana api yang menjulang tinggi selain bahangnya dapat dirasai menerusi balkoni tempat tinggalnya dipercayai sebuah apartmen. – KOSMO! ONLINE